Saturday, August 14, 2010
Selamat Tinggal Agrotek
Salam.Mulai 10.8.2010 saya menamatkan perkhidmatan di SMKDRI dan mula dipindahkan ke SMK Seri Nilam.Justeru itu, saya sudah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Kelab Agrotek dengan berat hati. Kepada semua pelajar yang bersama saya dalam Kelab Agrotek, terima kasih atas kerjasama yang baik.Kepada Cikgu Latifah, yang sentiasa bersama ketika susah dan senang, hingga Kelab Agrotek berjaya walaupun baru setahun jagung, jasamu dikenang.Tak lupa untuk PKKOKO, En.Ahmad Pauzi Ali yang memberi kepercayaan untuk saya menerajui Kelab Agrotek, saya telah berjaya membuktikan bahawa kelab ini boleh menaikkan nama sekolah. Selamat tinggal semua...cinta saya kepada bumi hijau sebagai tanda pengabdian saya kepada Allah yang menjadikan alam semesta yang menakjubkan ini....saya akan meneruskan perjuangan ini di mana sahaja saya berada, insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment